PENGHARGAAN...kejayaan mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu, membawa tuah kepada Hanis Zaris Mohd. Nazeri, 13 apabila menerima Anugerah Intelek Etiqa Takaful berupa wang tunai RM500 daripada syarikat insurans Takaful Etiqa di Bera, Pahang, baru-baru ini.
Perunding takaful Etiqa Cawangan Temerloh, Abdul Khalid Hashim, berkata, anugerah itu diberikan kepada pelajar cemerlang yang mencarum dalam insurans pendidikan iaitu takaful sarjana bagi mengiktiraf kejayaan mereka.
katanya, selain UPSR, pelajar yang lulus cemerlang dalam PMR, dengan keputusan 8A turut mendapat hadiah RM700, SPM (8A) dan STPM (5A)masing-masing mendapat RM 1000.
"Kejayaan cemerlang Hanis Zaris sangat membanggakan kami kerana kini sudah wujud kesedaran di kalangan ibu bapa yang tinggal di luar bandar untuk mencarum dalam insurans pendidikan demi masa depan pendidikan anak-anak mereka," kata Abbul Khalid.
Sementara itu, Hanis Zaris yang kini belajar di Tngkatan 1, Sekolah Menengah Sains Raub bercita-cita untuk menjadi juruterbang jet pejuang apabila tamat pengajian nanti.
Haris Zanis, anak sulung daripada empat adik beradik ialah anak pasangan Mohd Nazeri Sahafie yang berkerja kampung, dan ibunya Rosniza Adbul Latif, seorang suri rumah yang menetap di kampung Batu Papar, Bera.
*** Abdul Khalid Hashim (dua dari kiri) menyerahkan cek Anugerah Intelek Etiqa Takaful kepada Hanis Zaris kerana kejayaan mendapat keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan UPSR tahun lalu sambil diperhatikan oleh ibunya, Rosniza Abdul Latif di Bera, Pahang, baru-baru ini